Khairat Kematian

RM30.00

Biro Khairat Kematian Masjid Al Falah ditubuhkan bagi menguruskan, memudahkan, membantu dalam semua aspek pengurusan jenazah kepada ahli kariah masjid sekeluarga, dan kawasan sekelilingnya, bagi menyempurnakan tuntutan fardu kifayah

Ramai yang tidak sedar tentang kepentingan menyertai Badan-badan khairat kematian di tempat anda. Dibawah dinyatakan mengapa anda perlu menyertai Badan Khairat Kematian dan faedah-faedah yang akan diperolehi nanti.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

► K O S  P E N G U R U S A N  J E N A Z A H  Y A N G  T I N G G I

  • Untuk makluman anda semua, kos pengurusan jenazah bagi kes-kes kematian biasa adalah sekitar RM730.00. Dalam beberapa hal, kita memahami bahawa para waris si mati tidak akan mampu memikirkan soal kewangan dan pengurusan jenazah ketika hari kejadian kerana pelbagai masalah dan kerungsingan menghadapi kematian. Oleh itu jika anda merupakan ahli berdaftar, apabila berlaku sebarang kematian ahli atau tanggungan, maka pihak pentadbiran badan khairat kematian akan menyediakan dana dan khidmat pengendalian yang sepatutnya bagi menguruskan kematian tersebut.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

► P R O S E S  U R U S A N  Y A N G  A G A K  R U M I T

Ramai daripada kita menganggap, kerja-kerja pengurusan jenazah adalah mudah. Namun, hakikatnya kerja-kerja menguruskan jenazah agak rumit dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Bagi kematian biasa, antara kerja-kerja pengurusan yang perlu dilakukan pada hari kejadian seperti :-

  • Memanggil doktor untuk tujuan pengesahan kematian (dilakukan oleh waris si mati)
  • Membuat laporan polis untuk laporan kematian dan mendapatkan surat kebenaran mengebumikan
  • Membeli kain kapan
  • Membeli papan untuk liang lahat
  • Mendapatkan tukang gali kubur
  • Mendapatkan van untuk urusan pengangkutan
  • Mendapatkan pemandu van jenazah
  • Mendapatkan tukang mandi jenazah lelaki jika jenazah lelaki dan tukang mandi wanita jika jenazah wanita
  • Memandikan jenazah
  • Mengkafankan jenazah
  • Menyembahyangkan jenazah
  • Mentalkinkan jenazah
  • Menguruskan kenduri tahlil pada malam pertama sahaja.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

► S I S T E M  P E N G U R U S A N  J E N A Z A H  Y A N G  E F I S E N

Badan Khairat kematian Masjid Al-Falah sentiasa berusaha memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan adalah efisen. Berdasarkan pengalaman dalam menguruskan kematian yang pelbagai, pihak pentadbir badan berkeyakinan mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan sebarang kematian di Taman ini.
Melalui pendaftaran menjadi ahli, pihak badan juga menawarkan perkhidmatan menguruskan jamuan ringan dan tahlil bagi malam pertama kematian.
Apabila berlaku kematian, ahli tidak perlu memikirkan soal pengurusan jenazah. Apa yang perlu dilakukan, hanya maklumkan kepada pihak pentadbiran badan, dan InsyaAllah, selepas berbincang dan mendapat persetujuan dari waris simati, kami akan menguruskan semua masalah diatas dengan sedaya upaya dan dengan cara yang terbaik.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

► K E I S T I M E W A A N  K H A I R A T  K E M A T I A N

  • Segala urusan pengurusan jenazah akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak biro.
  • Wang tunai RM 1000.00 akan diberikan bagi tujuan urusan jenazah.
  • Pihak biro akan menguruskan jamuan ringan/kenduri tahlil pada malam pertama kematian, dirumah simati.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

    0
    Your Cart
    Your cart is empty
      Calculate Shipping
      Apply Coupon

      login